Anti-Bribery and Anti-Corruption Policy (ABAC)
Polisi Anti-Rasuah & Anti-Penyalahgunaan Kuasa
1. TUJUAN
Polisi ini menggariskan tanggungjawab PULSE Group Sdn Bhd dan subsidiarinya (Kumpulan
PULSE) dalam mencegah rasuah dan salah guna kuasa, serta memberikan panduan untuk mengenal
pasti dan menangani isu-isu berkaitan.
2. DEFINISI UTAMA
Rasuah: Sebarang nilai yang diberikan atau diterima untuk mempengaruhi keputusan seseorang
bagi kepentingan peribadi, perniagaan dan selainnya..
Salah Guna Kuasa: Sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa bagi kepentingan peribadi sama ada
berkaitan dengan urusan kerajaan, perniagaan dan selainnya.
Bayaran Fasilitasi: Bayaran tidak rasmi untuk mempercepatkan proses atau tindakan rutin.
Sogokan (Kickbacks): Pemberian atau penerimaan sejumlah hadiah yang telah dibayar atau
terhutang sebagai ganjaran terhadap pemberian aktiviti perniagaan dan seumpamanya.
3. PRINSIP
Kumpulan PULSE memberi komitmen terhadap kejujuran dan etika, serta TIDAK bertoleransi
terhadap rasuah dan salah guna kuasa. Pematuhan terhadap undang-undang, khususnya Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) 2009. Memperakui terhadap hukuman berat
bagi rasuah dan salah guna kuasa.
4. SKOP
Polisi ini terpakai kepada semua individu dan pihak yang berkaitan atau berkepentingan terhadap
Kumpulan PULSE, termasuk Ahli Lembaga Pengarah, pekerja, kontraktor, pembekal dan pihak
ketiga.
5. DERMA DAN SUMBANGAN POLITIK
Kumpulan PULSE tidak membuat sumbangan amal atau sumbangan politik. Sumbangan peribadi
oleh pekerja/ kakitangan dibenarkan namun tidak benarkan bagi tuntutan balik ke Syarikat.
6. PROSES PEROLEHAN
Proses perolehan adalah telus berdasarkan Procurement Policy. Pemilihan supplier tidak
berdasarkan ganjaran (hospitality) yang diterima.
7. TANGGUNGJAWAB
Pelanggaran polisi ini akan dilayan dengan serius dan boleh membawa kepada tindakan disiplin.
Ahli Lembaga Pengarah bertanggungjawab terhadap pematuhan Polisi dan semua kakitangan mesti
mematuhi Polisi ini serta melaporkan sekiranya berlaku ketidakpatuhan.
8. PENYIMPANAN REKOD
Transaksi kewangan perlu dilaporkan secara telus dan mempunyai dokumen sokongan yang tepat
dan benar. Tiada akaun di luar buku untuk menyembunyikan pembayaran.
9. PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT
Kumpulan PULSE memberi sepenuh sokongan kepada pekerja yang melaporkan maklumat
(whistleblower) atau menolak rasuah, dengan melindunginya daripada tindakan balas.
10. LATIHAN DAN KOMUNIKASI
Bagi pekerja yang berisiko tinggi terhadap rasuah, latihan tetap akan diberikan mengenai langkahlangkah
mencegah rasuah. Kumpulan PULSE berpendekatan tiada kompromi terhadap salah guna
kuasa dan rasuah, ianya mesti disampaikan ke kakitangan, pembekal, kontraktor, agen, rakan
perniagaan dan semua pihak yang berkepentingan.
11. PEMANTAUAN DAN SEMAKAN
Semua pekerja dan kakitangan wajib memastikan pengamalan Polisi ini. Sistem dan prosedur
kawalan dalaman akan diaudit secara berkala untuk memberikan jaminan bahawa ia berkesan dalam
mengatasi rasuah dan salah guna kuasa.
12. TANDA-TANDA AMARAN
Berikut adalah contoh tanda-tanda amaran (red flags) bagi rasuah atau salah guna kuasa:
Rasuah : Pihak ketiga meminta agar pembayaran dibuat untuk mengabaikan pelanggaran undang undang
yang berpotensi
Penyalahgunaan kuasa
: Menerima invois daripada pihak ketiga yang kelihatan tidak standard atau diubah.
Bayaran Fasilitasi
:Pihak ketiga meminta bayaran tambahan yang tidak dijangka untuk memudahkan sesuatu
perniagaan.
Sogokan (Kickbacks)
: Pihak ketiga menuntut hiburan mewah atau hadiah sebelum memulakan atau meneruskan
rundingan kontrak atau penyediaan perkhidmatan
Nota: Untuk perincian serta contoh-contoh lain boleh dirujuk di dalam Anti-Bribery and Anti-
Corruption Policy dan Whistleblower Policy Syarikat.