Whistleblower Policy
Polisi Pemberi Maklumat (Whistleblower Policy)
1. TUJUAN
Tujuan utama Whistleblower Policy ini adalah untuk memberikan garis panduan kepada pekerja,
Ahli Lembaga Pengarah (ALP), Pengurusan dan pihak-pihak lain yang berkepentingan
(stakeholders), serta komitmen Kumpulan PULSE bagi menyuarakan atau memaklumkan terhadap
illegal conduct atau salah laku melalui medium yang disediakan tanpa perlu risau bagi pelapor
menjadi mangsa, victimization, harassment or discriminatory treatment, dan membolehkan perkara
yang dilaporkan dapat disiasat dengan sebaik-baiknya.
2. SKOP
Polisi ini terpakai kepada semua pekerja, Ahli Lembaga Pengarah, kontraktor, rakan perniagaan,
dan pihak-pihak lain yang berkepentingan (stakeholders), serta menggalakkan ketelusan dalam
melaporkan salah laku.
3. DEFINISI
Whistleblower: Individu yang melaporkan salah laku.
Whistleblowing: Berlaku apabila pekerja dan/atau pihak-pihak yang berkepentingan
(stakeholders) melaporkan terhadap salah laku seperti di dalam polisi.
4. POLISI
Polisi ini menggalakkan bagi semua stakeholder melaporkan mana-mana salah laku secara terbuka
dan jujur. Dan laporan tersebut akan dilayan atau diurus secara sulit.
Whistleblower adalah digalakkan agar memberi nama dan maklumat untuk dihubungi bagi
membantu siasatan dengan lebih lanjut.
Pendedahan secara rawak atau anonymity berkemungkinan tidak akan dilayan bagi mencegah
laporan berbentuk niat jahat, poison letters, exploitation and victimization.
Namun begitu, pihak Ahli Lembaga Pengarah berhak untuk membuka kertas siasatan (melalui
jawatankuasa atau lantikan individu) bagi laporan yang diterima secara rawak atau anonymity.
5. TINGKAH LAKU TIDAK WAJAR
Selain daripada yang ditakrifkan secara khusus dalam akta, peraturan, prosedur dan polisi yang
ditetapkan. Berikut adalah dianggap sebagai "Tingkah Laku Tidak Wajar" di bawah Polisi ini, iaitu
rasuah atau sogokan, salah guna kuasa, fraud, penipuan, pelanggaran undang-undang, polisi,
prosedur, ketidakwajaran pelaporan kewangan serta situasi yang menyebabkan bahaya terhadap
kesihatan, keselamatan, individu dan alam sekitar.
6. SALURAN KOMUNIKASI
Whistleblower hendaklah membuat laporan ke Internal Compliance Officer (ICO) melalui sama
ada ;
1) Online Reporting Platform;
2) Email: [email protected]
ICO akan melaporkan kepada Jawatankuasa Siasatan (Investigation Committee), bergantung
kepada kesesuaian laporan yang diterima.
Sekiranya, laporan adalah berhubung salah laku ICO atau Jabatan Integriti, whistleblower boleh
menyalurkan laporan secara terus sama ada ke Group Chief Executive (GCE) atau mana-mana Ahli
Lembaga Pengarah Kumpulan PULSE.
7. BUKTI YANG DIPERLUKAN
Whistleblower perlu melaporkan salah laku secara bertulis serta memberi maklumat tenang jenis
aktiviti atau salahlaku, individu-individu yang terlibat, Bila berlaku kejadian, dan siapa yang
terkesan.
Whistleblower adalah orang pertama yang mengetahui maklumat tentang salah laku.
8. KERAHSIAAN DAN PERLINDUNGAN UNTUK PEMBERI MAKLUMAT
Kumpulan PULSE menjamin kerahsiaan dan perlindungan daripada tindakan balas jika
pendedahan dibuat dengan niat baik.
Pemberi maklumat adalah dilindungi oleh Syarikat dari apa-apa tindakan kesan dari laporan
pendedahan salahlaku.
Identiti pemberi maklumat akan dilindungi dan dirahsiakan, melainkan ada keperluan undangundang.
Identiti pemberi maklumat dan yang terlibat mungkin akan dimaklumkan kepada pegawai
penyiasat yang dilantik.
Dakwaan palsu atau berniat jahat tertakluk kepada tindakan disiplin.
9. PROSES SIASATAN
Jawatankuasa yang ditetapkan menjalankan siasatan secara adil dan menyeluruh, serta
memastikan kesahihan pendedahan, mengarahkan tindakan lanjut, dan menentukan siapa yang
harus menjalankan siasatan iaitu melibatkan kepakaran luaran, pengurusan atau Pengurus
Sumber Manusia.
Jawatankuasa Siasatan perlu memastikan siasatan ke atas laporan tersebut adil dan tidak berat
sebelah.
Jawatakkuasa Siasatan perlu menyimpan semua dokumen siasatan termasuk temubual bagi
melengkapkan siasatan.
10. LAPORAN
Jawatankuasa Siasatan akan membentangkan kepada GCE dan / atau ALP berhubung hasil siasatan.
Register senarai laporan salahlaku berkaitan denagan polisi ini adakan dijadikan agenda tetap
didalam Mesyuarat ALP Kumpulan PULSE.
11. TINDAKAN SUSULAN SELEPAS LAPORAN
Seterusnya, sekiranya GCE dan / atau ALP (individual or collectively) berpuashati dengan hasil
siasatan, pihak, GCE dan/atau ALP hendaklah memberi arahan kepada tindakan selanjutnya. Pihak
pengurusan dan / atau Group HR bertanggungjwab terhadap perlaksanaan tindakan seterusnya.
Manakala sekiranya, salahlaku adalah melibatkan ALP, ALP berkenan hendaklah direhatkan atau
dikecualikan dari menghadiri mesyuarat berkaitan.
12. SEMAKAN POLISI
Ahli Lembaga Pengarah boleh menyemak dan meminda polisi dari semasa ke semasa teruatama
bagi pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang, dan/atau memenuhi perubahan Syarikat.
Effektif terhadap perubahan polisi harus diedarkan dan dimaklumkan kepada pekerja secara bertulis
atau elekrtonik.
Nota: Untuk perincian serta contoh-contoh lain boleh dirujuk di dalam Anti-Bribery and Anti-
Corruption Policy dan Whistleblower Policy Syarikat.